Adalah perlu di ingat perkara yang paling utama sebelum masuk ke bengkel kemahiran hidup ialah, murid-murid perlu tahu dan faham mengenai apa itu peraturan am semasa dalam bengkel:
Keselamatan di bengkel kemahiran hidup
- Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
-
Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa
menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di
bengkel
- Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku
- Kecederaan dan kemalangan
- Kejutan elektrik
- Kebakaran
-
Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan
sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
-
Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan
kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat
-
Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi
disetiap bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat
mudah dilihat dan mudah dicapai.
- Jika berlaku kebakaran besar
hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan
memanggil bomba melalui talian kecemasan 999
- Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel
-
Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering
untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca
kejutan elektrik
|
Peraturan Am dalam Bengkel |
|
Pakaian Keselamatan |
|
Panel penyimpanan Alatan Tertutup |
|
Seorang Murid yang berpakaian sesuai |
No comments:
Post a Comment